NIAT TAUBAT MENUKAR ARAK MENJADI MADU



Pada suatu hari, Omar Al-Khatab sedang berjalan-jalan di lorong-lorong dalam kota Madinah. Di suatu persimpangan jalan beliau bertemu dengan pemuda yang membawa kendi. Pemuda itu menyembunyikan kendi itu di dalam kain sarung yang diselimutkan di belakangnya. Timbul keinginan di hati Omar AL-Khatab  untuk mengetahuinya, lantas bertanya, "Apa yang engkau bawa itu?" Kerana panik sebab takut dimarahi Omar yang terkenal dengan ketegasannya, pemuda itu menjawab dengan terbata-bata bahwa barang yang ia bawa adalah madu. Walapupun sebenarnya adalah khamar. Dalam keadaannya yang berbohong itu pemuda tadi sebenarnya ingin berhenti dari terus minum arak. Dia sesungguhnya telah menyesal dan insaf dan menyesal melakukan perbuatan yang ditegah oleh agama itu. Dalam penyesalan itu dia berdoa kepada Tuhan supaya Omar Al-Khatab tidak sampai memeriksa isi kendinya yang dilarang dalam agama itu.

Pemuda itu masih menunggu sebarang kata-kata Khalifah, "Kendi ini berisikan madu." Karena tidak percaya, Khalifah Omar ingin melihat sendiri isi kendi itu. Rupanya doa pemuda itu telah dimakbulkan oleh Allah subhanahu wa ta'ala. seketika itu juga  isi kendi itu telah berubah menjadi madu. Begitu dia berniat untuk bertaubat, dan Tuhan memberikan hidayah, sehingga niatnya yang ikhlas, ia terhindar dari pergolakan Khalifah Omar Al-Khatab, yang mungkin menghukumnya jika kendi itu masih berisi khamar.

Allah Taala berfirman:, "Seteguk khamar diminum maka tidak diterima Allah amal fardhu dan sunatnya selama tiga hari. Dan sesiapa yang minum khamar segelas, maka Allah Taala tidak menerima solatnya selama empat puluh hari. Dan orang yang tetap minum khamar, maka selayaknya Allah memberinya dari 'Nahrul Khabal'. 
Ketika ditanya, "Ya Rasulullah, apakah Nahrul Khabal itu ?" Jawab Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam, "Darah bercampur nanah orang ahli neraka ! "


Artikel dari Kisah Rasulullah Bersama Sahabat
Ditulis kembali oleh Admin Pelita Hidayah 

0 Response to "NIAT TAUBAT MENUKAR ARAK MENJADI MADU"

Post a Comment

Jadilah yang pertama dalam berkomentar

loading...