CINTA DENGAN MENGENALI AKHLAK RASULULLAH ﷺ
- Baginda selalu diam.
- Berbicara ketika perlu.
- Perbicaraannya fasih, ringkas tetapi padat .
- Menghadapkan seluruh tubuhnya bila berbicara dengan seseorang.
- Hatinya selalu sedih (inginkan umat dalam kebaikan dan terlepas dari azab الله swt).
- Selalu menundukkan pandangan kerana tawaddu’.
- Berfikir terus-menerus.
- Menghargai nikmat sekecil apa pun tanpa memperlekehkannya.
- Tidak pernah mencela makanan. Apabila suka, Baginda akan makan. Jika tidak, ditinggalkannya tanpa mencelanya.
- Tidak pernah marah yang ada kaitan dengan urusan dunia.
- Marah bukan kerana nafsu.
- Apabila kebenaran dipermainkan, Baginda akan bangkit untuk berusaha mempertahankannya.
- Apabila marah Baginda akan memalingkan muka.
- Apabila suka Baginda akan memejamkan mata.
- Tidak pernah berkata kotor, berbuat keji dan melampaui batas.
- Tidak pernah berteriak-teriak di pasar.
- Tidak pernah membalas kejahatan dengan kejahatan. Malah Baginda memaafkan & berlapang dada.
- Tangan Baginda tidak pernah memukul selain untuk berjihad dijalan الله swt.
- Apabila menghadapi dua perkara Baginda memilih yang paling mudah selagi ia bukan dalam perkara ma'siat.
- Di rumah, Baginda adalah manusia biasa yang membasuh pakaian, memerah susu & membuat sendiri segala keperluan diri.
- Ketika duduk atau pun berdiri, Baginda selalu berzikir.
- Raut wajahnya selalu ceria, perangainya dapat dicontohi dengan mudah, lemah lembut & peramah.
- Tidak pernah bersikap keras dan bertindak kasar, berteriak-teriak, lebih-lebih lagi mencela orang lain.
- Tiga perkara yang dijauhi; perselisihan, bongkak & segala yang tidak diperlukan.
- Tidak pernah mencela & memaki hamun orang lain.
- Tidak pernah mencungkil rahsia orang lain.
- Tidak pernah berbicara kecuali sesuatu yang menjanjikan pahala.
- Perbicaraannya memukau sesiapa pun yang mendengarnya lalu terpegun seolah-olah ada burung melintas di atas kepala mereka.
- Sesiapa yang melihat Baginda sepintas lalu akan merasa gerun & hormat terhadapnya.
- Sesiapa yang selalu bergaul & telah dekat mengenali Baginda, akan menyayanginya sepenuh jiwa raga.
- Baginda pasti memberi tempat kepada orang yang ingin duduk & tidak membezakan di kalangan mereka.
- Sesiapa yang meminta sesuatu, pasti dipenuhinya atau jika sebaliknya ditolak dengan tutur kata yang lemah lembut.
- Tangan Baginda selalu terbuka kepada sesiapa sahaja tanpa pilih kasih. Baginda adalah ayah bagi mereka semua.
- Di mana pun Baginda berada, di situ terpancar cahaya ilmu, sikap malu & sabar serta amanah.
- Tidak ada yang berani meninggikan suara di hadapan Baginda kerana kewibawaan Baginda.
- Semua mengakui keutamaannya kerana ketaqwaannya ; menghormati orang tua, menyayangi yang kecil, mengutamakan orang yang ada hajat, menjaga keperluan & kebajikan orang asing.
- Tidak terus memotong percakapan orang lain. Jika ingin memotong, Baginda hentikan dahulu atau pun berdiri.
- Paling berlapang dada.
- Paling tepat dalam berbicara.
- Paling halus keperibadiannya.
- Paling ramah & beradab dalam pergaulan & muamalahnya.
Perbanyakkan Selawat pada Nabi..
اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد
Dipetik daripada Biografi Lengkap Rasulullah saw oleh Dr Sayyid Muhammad bin Alawi Al Maliki
0 Response to "MENGENALI AKHLAK RASULULLAH"
Post a Comment
Jadilah yang pertama dalam berkomentar